PERKHIDMATAN

Teknologi, Aset dan Kepakaran

BEKALAN AIR

Rawatan, Kebersihan dan Pengagihan

Rawatan Air Bersih

Kami mempunyai 36 buah loji rawatan air di serata negeri Kedah di mana setiap daripadanya memiliki makmal ujian kualiti air bagi memastikan tahap kebersihan air mencapai piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia atau World Health Organization (WHO).

Kaedah rawatan air diperuntukkan dengan 6 proses utama yang dibekalkan dengan teknologi tinggi dan tenaga pakar bagi mengendalikannya.

Pengeluaran

Kami menghasilkan 1,471,000 liter air terawat sehari untuk dibekalkan kepada lebih 2.2 juta penduduk merangkumi lebih 600,000 akaun pengguna.

Lebih 100 Tangki Simpanan Air Bersih di tempatkan di seluruh negeri Kedah bagi menampung agihan kepada pengguna melalui jaringan paip sepanjang lebih 13,001 kilometer sehingga ke kawasan pedalaman.

pembangunan

Kajian, Pembinaan dan Pengagihan

PROJEK

Bekalan Air Sektor Perumahan
Bekalan Air Sektor Perindustrian
Bekalan Air Sektor Perniagaan
Menjalankan operasi-operasi yang seiring dengan rancangan pembangunan masa hadapan negeri Kedah.

Kajian TEKNOLOGI

Air adalah sumber terhad. Namun, dengan teknologi dan sokongan yang efisien, kapasiti pengeluaran air yang sama dapat dibekalkan kepada lebih ramai pengguna.
Kami komited menjalankan kajian terhadap teknologi bersesuaian dengan geografi setempat melalui tenaga kepakaran kami bagi menampung permintaan pada masa akan datang.

Khidmat pelanggan

Mudah, Berdedikasi dan Mesra

Pengurusan Perhubungan Pelanggan

Kami mengamalkan pendekatan delighting the customer bagi memenuhi ciri-ciri kualiti khidmat pelanggan dalam tiga kategori; fizikal, penyampaian dan emosi.
Kami sentiasa memastikan pengetahuan maklumat berkaitan air sampai kepada pengguna melalui saluran media sosial, siaran radio, program bertemu pelanggan dan kempen kesedaran.
Dengan kemajuan teknologi kini hanya dihujung jari, kami menyediakan kemudahan perkhidmatan atas talian sebagai medan penyebaran maklumat selain dilengkapi fungsi aduan dan pembayaran.

Pusat Info SADA

operasi perkhidmatan

Pengurusan, Pelaksanaan dan Penguatkuasaan
TUGASAN TEKNIKAL

Urusan Perkhidmatan

Kami menyediakan lebih dari 20 buah cawangan pejabat urusan di seluruh negeri Kedah.
01
Pemasangan
Permohonan termasuk domestik dan perniagaan.
02
Pemotongan
Penguatkuasaan merangkumi notis amaran dan tindakan.
03
Penyambungan
Pelaksanaan dalam tempoh 48 jam selepas permohonan.
04
Ujian Meter
Pengurusan permohonan meliputi permohonan, penjadualan, pelaksanaan dan laporan keputusan.

pengendalian

Aduan, Permohonan, Pembilan dan Pembayaran

Pusat Data

Kami amat menekankan manfaat penyegerakan data maklumat melalui aplikasi mySADA, laman web, emel, panggilan telefon atau urusan di kaunter. Data dikaji dan dikategorikan bagi menetapkan tahap keutamaan maklumat tersebut.

PENYELENGGARAAN

Penyelenggaraan Berjadual dan Baikpulih Utiliti
13
Pejabat Penyelenggaraan
Pusat kawalan pelaksanaan kerja penyelenggaran.
6
Depot Kenderaan
Simpanan takungan air bersih bawah tanah beserta kenderaan penghantar.
147
Kenderaan
Tersediia 24 jam bagi penyelenggaraan harian atau tahunan.
196
Tangki Statik
Tangki bekalan sementara untuk kegunaan waktu kecemasan.

Ketahui Perkhidmatan Kami

Daftar email anda untuk menerima maklumat lanjut perkembangan perkhidmatan kami