NOTIS PEMAKLUMAN (SIARAN MEDIA 15 OKTOBER 2020)
  • Tarikh Terbitan
    OKTOBER 15, 2020 (KHAMIS)
  • Masa Terbitan
    5.45 PM

NOTIS PEMAKLUMAN

SIARAN MEDIA 15 OKTOBER 2020

PENJELASAN ISU PEMBELIAN KENDERAAN MPV TOYOTA VELFIRE BERNOMBOR PLAT KEP5000

Untuk makluman semua, berhubung isu pembelian kenderaan MPV Toyota Velfire bernombor plat KEP5000 yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu, di sini Pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) ingin menjelaskan bahawa pembelian kenderaan tersebut adalah diuruskan mengikut prosedur perolehan SADA serta telah diputuskan oleh pihak pengurusan Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi kegunaan rasmi pihak pengurusan syarikat.

Tambahan lagi, Menteri Besar Kedah iaitu YAB. Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Noor tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan tersebut.

Sekian, terima kasih.

ANAS AIDI BIN MD. ROZAI
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
SYARIKAT AIR DARULA AMAN