NOTIS KAUNTER PKPB
  • Tarikh Terbitan
    NOVEMBER 08, 2020 (AHAD)
  • Masa Terbitan
    4.40 PM

NOTIS PEMAKLUMAN

Selaras dengan Tempoh Arahan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diseluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali di negeri Perlis, Kelantan dan Pahang bermula 09 November sehingga 06 Disember 2020, waktu operasi Kaunter Pembayaran SADA di seluruh Negeri Kedah adalah daripada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari.

Pengguna yang datang ke kaunter wajib mengimbas QR Kod MySejahtera serta mengikuti S.O.P Langkah Pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan.

Pembayaran bil air juga boleh dibuat melalui alternatif lain seperti secara Atas Talian (Online) atau menerusi Agensi - agensi Bayaran yang berdaftar dengan Pihak SADA.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Informasi SADA di talian : 1300-88-0017

SAMA - SAMA KITA MELAWAN PENULARAN WABAK COVID-19