Korporat

  • Kata-Kata Aluan
  • Identiti
  • Pengurusan Tertinggi

PERUTUSAN KHAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Y.BHG. DATO' HJ. ABD GHANI @ ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orentasi SADA bertumpu untuk meningkatkan kualiti khidmat pelanggan. Dengan muafakat tenaga kerja yang sedia ada, aduan dipeduli, tindakan pantas disusuli bagi membolehkan ekspektasi pengguna dipenuhi.
Inilah komitmen dan iltizam SADA kearah memastikan kualiti khidmat kami dapat dipertahankan. Pada masa yang sama, penambahbaikan infra dilakukan, loji disiapsiagakan dan pengurusan agihan bekalan dijamin sentiasa berada dalam keadaan kondusif.

Mulai 2018, menerusi insentif skim air percuma bagi penggunaan 20 m3 dan kebawah, berupaya memberi manfaat kepada hamper 221,000 akaun pengguna. Ini merupakan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pihak SADA bagi meringankan beban pengguna.

Kemudahan tambahan lain yang disediakan turut merangkumi penguatkuasaan pembayaran bil air yang boleh dilakukan di Pejabat Pos seluruh Malaysia yang telah berkuatkuasa sejak 19 Oktober 2017 yang lalu bagi memenuhi tanggungjawab SADA kepada rakyat Kedah. Dalam jangka masa panjang, SADA berhasrat untuk terus memastikan keselesaan pengguna diutamakan disamping memberi khidmat yang terbaik kepada lebih 580 ribu akaun pengguna di seluruh negeri Kedah.

Inilah komitmen yang SADA berikan bagi memastikan SADA terus kekal selaku “Rakan Utiliti Anda”.

Sekian, Wassalam.

IDENTITI

Info Logo

LOGO SYARIKAT AIR DARUL AMAN

Info Logo
  • Warna Biru : Melambangkan wawasan tinggi dan berpandangan jauh dalam usaha menjadikan syarikat air bertaraf dunia.
  • Gelombang Putih : Melambangkan keyakinan, komitmen dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai cabaran.
  • Bulatan : Melambangkan kerjasama, permuafakatan dan tekad dalam usaha mencapai visi dan misi SADA.
Latar Belakang Syarikat
  • SADA merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan merupakan syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010.
  • Pengkorporatan JBA adalah berikutan dengan pindaan perlembagaan persekutuan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal untuk diguna pakai dalam industri perkhidmatan air.
  • SADA beroperasi sebagai syarikat korporat, mementingkan pentadbiran yang berkualiti dan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO).
  • SADA juga telah dapat membekalkan air yang bersih kepada rakyat negeri Kedah dengan kadar lebih murah berbanding negeri-negeri lain.
Polisi Syarikat

POLISI SYARIKAT

Polisi Syarikat

  • Sentiasa mengutamakan pelanggan melalui layanan yang cepat, tepat dan mesra
  • Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan
  • Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas-tugas yang dijalankan
  • Sentiasa menghayati nilai-nilai korporat yang ditetapkan
  • Sentiasa bedisiplin, tekun dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
  • Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan idea-idea baru
  • Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang ditetapkan
  • Sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama dan budaya kerja berpasukan
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri melaui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan integriti
  • Sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar

Nilai Korporat

  • Menghargai masa
  • Mengutamakan kualiti
  • Mengutamakan pelanggan

Nilai Sokongan

  • Amanah, proaktif, berilmu, kreatif, disiplin, inovatif, yakin, sabar, tekun, keterbukaan, berpasukan dan prihatin
Falsafah dan Dasar Kualiti

FALSAFAH DAN DASAR KUALITI

Dasar Kualiti

  • Kami komited mencapai visi dan misi syarikat melalui pendekatan, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan yang berterusan, profesionalisma kerja yang tinggi serta mematuhi undang-undang dan dasar syarikat dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan pada setiap masa.

Falsafah

  • Kami bekerja untuk membantu mencari ilmu dan rezeki kerana ibadat.

Nilai Korporat

  • Nilai Teras : Menghargai masa, mengutamakan kualiti dan mengutamakan pelanggan
  • Nilai Sokongan : Amanah, proaktif, berilmu, kreatif, disiplin, innovatif, yakin, sabar, tekun, keterbukaan, berpasukan dan prihatin
Visi dan Misi Syarikat

VISI DAN MISI SYARIKAT

Tema Korporat

  • Berintegriti, cepat dan berkualiti ke arah kecemerlangan (integrity, speed and quality towards excellence)

Visi

  • Menjadi syarikat perkhidmatan air bersih bertaraf regional

Misi

  • Membekalkan air yang bersih,selamat serta mencukupi melalui perancangan dan pembangunan infrastruktur air yang lengkap. Sistem agihan yang berkesan, keberkesanan kawalan, pemantauan kualiti air, penggunaan teknologi terkini serta perkhidmatan pengguna yang cekap kepada semua pengguna domestik dan komersial. Melalui kecekapan urusan kutipan dapat mempertingkatkan hasil kutipan, pengurangan 'Non Revenue Water' (NRW), minimakan kos operasi dan mempelbagaikan sumber hasil bagi meningkatkan keuntungan kepada syarikat dan kerajaan negeri (stakeholders).
Sejarah SADA

SEJARAH SADA

  • Syarikat Air Darulaman Sd. Bhd. merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan merupakan syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010.
  • Bertepatan dengan itu, Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman pada bulan Disember 2007 dan diwartakan pada 28 Mac 2008. Enakmen ini membolehkan Kerajaan Negeri memindahkan harta, hak dan liabiliti Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada satu syarikat pengganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan Jabatan Bekalan Air Kedah.
  • Pengkorporatan JBA adalah berikutan dengan pindaan perlembagaan persekutuan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal untuk diguna pakai dalam industri perkhidmatan air. Penubuhan Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi mengambil alih operasi Jabatan Bekalan Air Kedah adalah bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti air di Negeri Kedah.
  • Penubuhan SADA yang memulakan operasinya pada Januari 2010 adalah selaras dengan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menswastakan bekalan air.
  • Syarikat Air Darulaman Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai SADA yang terletak di Alor Setar, Kedah beroperasi sebagai sebuah syarikat korporat yang mementingkan pentadbiran yang berkualiti dan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO).
  • SADA juga telah dapat membekalkan air yang bersih kepada rakyat negeri Kedah dengan kadar lebih murah berbanding negeri-negeri lain. Kini Syarikat Air Darulaman telah diterajui oleh Y.Bhg. Dato' Haji Abd. Ghani @ Zulkifli Bin Zainuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif SADA. 

Lembaga Pengarah

YAB. DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAHSHMS., SSDK., DHMS., KMN., AMK., BKM., PPN., PJK., JP.

YAB. DATO' SERI DIRAJA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
SHMS., SSDK., DHMS., KMN., AMK., BKM., PPN., PJK., JP.

PENGERUSI
YB. DATO' PADUKA HAJI BAKAR BIN DIN, DHMS., DSDK., PJN., AMK., BCK., BPL.
YB. DATO' PADUKA HAJI BAKAR BIN DIN
DHMS., DSDK., PJN., AMK., BCK., BPL.

AHLI LEMBAGA PENGARAH
YB. DATO' WIRA HAJI MOHD FUZI BIN MOHAIDIN, DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.
YB. DATO' WIRA HAJI MOHD FUZI BIN MOHAIDIN
DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.

AHLI LEMBAGA PENGARAH
YBHG. DATO' AHMAD SHUKRI BIN TAJUDDIN, DSDK., KMN., AMK., BCK.
YBHG. DATO' AHMAD SHUKRI BIN TAJUDDIN
DSDK., KMN., AMK., BCK.

AHLI LEMBAGA PENGARAH
YBHG. DATO' WIRA HAJI BASHIRUDIN BIN HAJI ABDUL JAMIL, DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.
YBHG. DATO' WIRA HAJI BASHIRUDIN BIN HAJI ABDUL JAMIL
DGMK., DSDK., AMK., BCK., BPL.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATO' SERAJA SETIA, DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR, DHMS., DGMK., DSDK., PJN., AMK., BCK., BPL., JP.
YBHG. DATO' SERAJA SETIA, DATO' PADUKA HAJI RASLI BIN BASIR
DHMS., DGMK., DSDK., PJN., AMK., BCK., BPL., JP.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YB. DATO' HAJI ALI BIN YAHAYA, DSDK., SDK., AMK.
YB. DATO' HAJI ALI BIN YAHAYA
DSDK., SDK., AMK.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YB. DATO' HAJI BADROL HISHAM BIN HASHIM, DSDK., SMK., AMK., BKM., PJK.
YB. DATO' HAJI BADROL HISHAM BIN HASHIM
DSDK., SMK., AMK., BKM., PJK.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATO' HAJI ABD. GHANI @ ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN,
DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK.

YBHG. DATO' HAJI ABD. GHANI @ ZULKIFLI BIN ZAINUDDIN
DIMP., DSM., AMK., BCK., ASK.

AHLI LEMBAGA PENGARAH