KADAR TARIF

Halaman Pengguna

Tarif Air

KOD - KATEGORI
TARIF
JALUR PENGGUNAAN (m3)KADAR SETIAP m3 (RM/m3)CAJ MINIMUM (RM)
T1 - DOMESTIK / PEJABAT KERAJAAN0 - 20 m3
21 - 35 m3
>35 m3

RM 0.50
RM 0.90
RM 1.30

RM 6.00
T2 - KOMERSIAL0 - 50 m3
51 - 200 m3
201 - 350 m3
>350 m3

RM 1.40
RM 1.50
RM 1.60
RM 1.80

RM 15.00
T4 - INDUSTRI / HOTEL0 - 1,000 m3
1,001 - 10,000 m3
10,001 - 50,000 m3
>50,000 m3

RM 1.40
RM 1.60
RM 1.80
RM 2.10

RM 15.00
T5 - PERKAPALANKADAR RATA
RM 3.00

RM 20.00
T6 - INSTITUSI KEAGAMAAN / KEBAJIKAN0 - 20 m3
21 - 40 m3
41 - 60 m3
>60 m3

RM 0.40
RM 0.70
RM 0.90
RM 1.10

RM 6.00
Tahukah Anda?

Tarif air, atau caj yang dikenakan untuk air terawat yang dibekalkan oleh operator kepada pengguna akan ditentukan berdasarkan Perbelanjaan Operasi dan Perbelanjaan Modal di pihak operator dengan menggukan Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism) yang telus dan adil.

Kawalan Mutu Air

Objektif utama bekalan air adalah membekalkan air yang berkualiti sesuai mengikut piawaian air minuman yang telah ditetapkan.

Tahap kualiti air yang diolah bergantung kepada kualiti sumber air mentah dan proses rawatan yang telah dipraktikkan. Proses rawatan yang dipilih bersesuaian dengan keadaan sumber air mentah dan air yang telah diolah itu merupakan air yang selamat diminum, jernih, bebas ari segala enapan bahan terampai dan terapung, enak pada rasa dan bau. Proses rawatan adalah mengikut garis panduan yang ada pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepertimana di jadual.
KEKERAPAN PERAWATAN
KATEGORIMENTAHHARIAN
Kumpulan 1 :
Fizikal
Mikrobiologikal
Harian
Mingguan
Setiap 2 Jam
Harian
Kumpulan 2BulananBulanan
Kumpulan 31 x 3 bulan1 x 3 bulan
Kumpulan 41 x 3 bulan1 x 3 bulan
KEKERAPAN PERAWATAN
KATEGORI
MENTAHHARIAN
Kumpulan 1 :
Fizikal
Mikrobiologikal
Harian
Mingguan

Setiap 2 Jam
Harian

Kumpulan 2Bulanan

Bulanan

Kumpulan 31 x 3 bulan 

1 x 3 bulan

Kumpulan 41 x 3 bulan
1 x 3 bulan

Parameter Piawaian

  • Air Mentah
  • Air Dirawat
  • Ujian Balang
Tahap kandungan bakteria di dalam air mentah boleh digunakan sebagai pengukur.

Total Coliform : Kandungan bakteria dikumpulkan 'coli-aerogenes' berasal daripada kelompok feacal dan non-feacal.

Feacal Coliform : Kandungan bakteria E-Coli dipastikan berasal daripada kelompok feacal.
Tahap Total Coliform yang tinggi membawa erti bahawa pencemaran berlaku hasil daripada pembuangan sisa-sisa industri dan perumahan. Manakala tahap Feacal Coliform mengesahkan kedapatan kandungan najis sama ada berpunca daripada manusia ataupun binatang di dalam. Pengklorinan diperlukan bila mana konsentrasi bakteria menjangkau tahap 500/100ml dan rawatan terkini menggunakan 'activated carbon' dan ozonasi untuk kadar konsentrasi melebihi 5000/100ml. Kadar kekeruhan, wrna dan pH turut di ambil kira bagi memastikan rawatan sempurna dapat dilakukan.           
Kriteria fizikal utama adalah warna, turbiditi, rasa, bau, enapan terampai dan terapung bagi air diolah. Kandungan bahan kimia (organik dan inorganik) kurang berkesan jika dirawat dengan menggunakan hala cara konvensional. Namun demikian, kandungannya, ketara hanya bagi beberapa sumber air dibawah tanah dan pencemaran yang berasal daripada sisa buangan industri.
Satu-satunya kaedah di dalam tranformasi proses semulajadi keatas perawatan air kepada skala teknikal di loji rawatan air adalah melalui ujian balang. Ujikaji ini bertujuan bagi mendapatkan sukatan pembauran kimia (pengental) bersesuaian kepada kualiti air mentah untuk menampilkan tahap pH dan kekeruhan optima. Ia dilakukan secara routine bagi menghasilkan sasaran perawatan yang sempurna dan memelihara kualiti dan kuantiti air diolah kepada pengguna. Hasil sukatan/kadar dosej bahan kimia yang optima disuntik feeding system tertentu bagi memperoleh koagulasi dan flokulasi serta pengasingan yang efisyen.