FAQ MENGENAI PROGRAM TAWARAN BAYARAN ANSURAN PKP BAGI AKAUN BERTUNGGAKAN


Apakah itu tawaran bayaran ansuran PKP?

Tawaran bayaran ansuran PKP ini adalah satu tawaran oleh pihak SADA khas untuk akaun-akaun domestik bertunggakan RM 500.00 dan ke atas membayar jumlah tunggakan secara ansuran mengikut kemampuan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanakah tawaran tersebut diwar-warkan kepada pengguna akaun yang bertunggakan?

Pengguna akan dimaklumkan melalui SMS dan pengguna yang mempunyai tunggakan RM 500.00 ke atas yang berdaftar nombor telefon bimbit dengan pihak SADA serta masih boleh digunakan sahaja akan menerima SMS ini.

Bagaimanakah dengan pengguna yang tidak menerima pesanan SMS tetapi mahu turut serta dalam program tawaran bayaran ansuran ini?

Pengguna boleh mengisi borang maklumat di Portal rasmi SADA iaitu www.sada.com.my (pautan E-HASIL). Pihak SADA akan menghubungi pengguna semula dalam tempoh 5 hari bekerja.

Bilakah tempoh tawaran bayaran ansuran PKP ini sah?

Ianya bermula dari 21 Mei 2020 sehingga 31 Oktober 2020.

Bagaimanakah ansuran ini berfungsi?

Pengguna akaun bertunggakan yang ditawarkan perlu melakukan bayaran pertama mereka sebelum 21 Mei 2020 sebagai tanda setuju terima ansuran. Pihak SADA akan menghubungi pihak pengguna kembali untuk pihak pengguna boleh melakukan pembayaran secara berkala sehingga selesai sebelum 31 Oktober 2020.

Apakah keistimewaan ansuran PKP ini?

Pengguna yang menerima ansuran ini akan diberikan pengecualian dari tindakan penguatkuasaan dan pemotongan bekalan sehingga 31 Oktober 2020 dengan syarat bayaran ansuran tersebut sentiasa dilakukan tanpa gagal sepanjang tempoh 5 bulan itu.

Adakah ansuran ini akan terbatal?

Ya, jika terdapat bulan yang tiada lansung pembayaran dari pihak pengguna maka ianya secara automatik akan terbatal. (Contoh: Bayaran sehingga Jun 2020 tanpa gagal, tetapi Julai 2020 tiada sebarang bayaran dilakukan, maka ianya terbatal).

Adakah ansuran ini termasuk dengan caj bil semasa?

Tidak, caj bil semasa perlu dibayar secara berasingan.

Bagaimanakah jika pengguna ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai tawaran bayaran ansuran ini?

Pengguna boleh menghubungi 1300-88-0017 untuk keterangan lanjut atau terus hubungi Jabatan Hasil : (Cik Nabilah: 04-7400527 atau Encik Malik: 04-7400931 / 04-7400932).