Arkib Berita

Air Percuma

12 November 2017
Bajet 2018 Negeri Kedah yang dibentangkan Oleh Menteri Besar , Yang Amat Berhormat Dato Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah, tanggal 12 November 2017, telah merumuskan bahawa “bermula Januari 2018, penggunaan 20 meter kiub air ke bawah bagi penggunaan domestik, diberikan secara percuma.  

Kerajaan negeri akan menanggung kos pengguna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10 yang dianggar berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.
Bil penggunaan bulan Januari akan mula di baca pada awal Februari dan seterusnya bagi bulan berikutnya sehingga penghujung 2018.

Pemberian ini memberi manfaat kepada 221,000 akaun pengguna di serata Kedah dengan kos tanggungan yang dibayar kepada SADA. Pengumuman itu membuktikan keperihatinan kerajaan Negeri Kedah, selain memberi sedikit kelegaan dalam usaha mengurangkan kos sara hidup yang merupakan antara fenomena yang melanda setiap rakyat . Pendekatan ini sebagai insentif kepada pengguna untuk menggalakkan penjimatan penggunaan air bersih terawat. Situasi ini dapat merangsang penjimatan penggunaan air serta dapat meringankan beban yang ditanggung pengguna. 

 Kesan daripada pendekatan ini pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) dapat meningkatkan kapasiti ‘”reserve margin” di kolam takungan bagi meningkatkan tahap pembekalan air kepada pelanggan di seluruh Negeri Kedah serta membolehkan penyaluran air dapat dilakukan dengan lancar dan usaha dalam memastikan impian rakyat dizahirkan ini akan dapat memberi manfaat kepada pihak Syarikat SADA dan juga pengguna.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) merakamkan jutaan terima kasih kepada Yab. Dato Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah selaku Pengerusi SADA.