Info Am

KAWALAN MUTU AIR 1

Pengenalan

Objektif utama bekalan air adalah membekalkan air yang berkualiti sesuai mengikut piawaian air minuman yang telah ditetapkan.

Tahap kualiti air yang diolah bergantung kepada kualiti sumber air mentah dan proses rawatan yang telah dipraktikkan. Proses rawatan yang dipilih bersesuaian dengan keadaan sumber air mentah dan air yang telah diolah itu merupakan air yang selamat diminum, jernih, bebas ari segala enapan bahan terampai dan terapung, enak pada rasa dan bau. Proses rawatan adalah mengikut garis panduan yang ada pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa sepertimana di jadual.
KEKERAPAN PERAWATAN
KATEGORIMENTAHHARIAN
Kumpulan 1 :
Fizikal
Mikrobiologikal

Harian
Mingguan

Setiap 2 Jam
Harian
Kumpulan 2BulananBulanan
Kumpulan 31 x 3 bulan1 x 3 bulan
Kumpulan 41 x 3 bulan1 x 3 bulan

KAWALAN MUTU AIR 2

Pembersihan Air

Proses rawatan air mentah di negara ini masih lagi menggunakan cara konvensional. Awalau bagaimanapun, terdapat juga sumber air mentah di beberapa lokasi yang memerlukan proses rawatan sistem terkini bagi menampani elemen-elemen yang sukar dihapuskan menerusi proses kenvensional. Proses rawatan konvensional di loji-loji rawatan lazimnya akan melalui proses pengudaraan, pembauran kimai, flokulasi, enapan, tapisan dan pembasmian kuman pengklorinan dan seterusnya ke tangki simpanan sebelum disalurkan kepada pengguna.

Proses rawatan ini menghasilkan air yang selamat diminum dan mengikut piawaian yang telah diperakukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kawalan Mutu Air

Bersepadu dengan pembangunan negara yang pesat dan taraf hidup rakyat yang meningkat, kepekaan rakyat terhadap kualiti air minuman amat tinggi.

Menyedari hakikat ini dan bagi menyahut cabaran 2020, maka Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia telah melancarkan dua (2) bentuk strategi pengawalan mutu air:
  • Selaras pengujian dan kawalan setempat dengan menambahkan kekerapan persampelan serta senarai parameter untuk ujian di loji-loji rawatan
  • Memantapkan program kawal selia dengan menambahkan bilangan sampel serta meluaskan skop/taburan persampelan.

KAWALAN MUTU AIR 3

Parameter Piawaian

1. AIR MENTAH

Tahap kandungan bakteria di dalam air mentah boleh digunakan sebagai pengukur
  • Total Coliform : Kandungan bakteria dikumpulkan 'coli-aerogenes' berasal daripada kelompok feacal dan non-feacal
  • Feacal Coliform : Kandungan bakteria E-Coli dipastikan berasal daripada kelompok feacal
Tahap Total Coliform yang tinggi membawa erti bahawa pencemaran berlaku hasil daripada pembuangan sisa-sisa industri dan perumahan. Manakala tahap Feacal Coliform mengesahkan kedapatan kandungan najis sama ada berpunca daripada manusia ataupun binatang di dalam. Pengklorinan diperlukan bila mana konsentrasi bakteria menjangkau tahap 500/100ml dan rawatan terkini menggunakan 'activated carbon' dan ozonasi untuk kadar konsentrasi melebihi 5000/100ml. Kadar kekeruhan, wrna dan pH turut di ambil kira bagi memastikan rawatan sempurna dapat dilakukan.

2. AIR DIRAWAT

Kriteria fizikal utama adalah warna, turbiditi, rasa, bau, enapan terampai dan terapung bagi air diolah. Kandungan bahan kimia (organik dan inorganik) kurang berkesan jika dirawat dengan menggunakan hala cara konvensional. Namun demikian, kandungannya, ketara hanya bagi beberapa sumber air dibawah tanah dan pencemaran yang berasal daripada sisa buangan industri.

3. UJIAN BALANG (JAR TEST)

Satu-satunya kaedah di dalam tranformasi proses semulajadi keatas perawatan air kepada skala teknikal di loji rawatan air adalah melalui ujian balang. Ujikaji ini bertujuan bagi mendapatkan sukatan pembauran kimia (pengental) bersesuaian kepada kualiti air mentah untuk menampilkan tahap pH dan kekeruhan optima. Ia dilakukan secara routine bagi menghasilkan sasaran perawatan yang sempurna dan memelihara kualiti dan kuantiti air diolah kepada pengguna. Hasil sukatan/kadar dosej bahan kimia yang optima disuntik feeding system tertentu bagi memperoleh koagulasi dan flokulasi serta pengasingan yang efisyen.