Info Am

Langkah Penjimatan Air

Cara Mengurangkan Pembaziran Air

Pembaziran Air

Setiap hari, berjuta air bersih terbuang. Pembaziran ini berlaku disebabkan pengguna-pengguna tidak menyedari yang mereka sebenarnya tidak memerlukan air sebanyak mana yang mereka fikirkan untuk kegunaan harian. Apa jua alasannya, air yang menelan kos yang tinggi untuk dirawat dibazirkan.

Berhati-hati dalam menggunakan air tidak memerlukan pengorbanan yang besar. Dengan amalan-amalan yang bijaksana, pembaziran air dan seterusnya bil air anda akan dapat dikurangkan.

Apa Perlunya Menjimatkan Air

Keperluan air di Negeri Kedah Darul Aman telah bertambah dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan penduduk, perindustrian, perumahan dan taraf hidup yang semakin tinggi. Kos air juga telah bertambah. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk memperluaskan bekalan air kepada lebih ramai lagi pengguna. Sumber dan punca air pula semakin berkurangan. Kualiti air mentah menjadi tercemar dan memerlukan kos yang tinggi untuk dirawat.

Berhati-hati dalam menggunakan air tidak memerlukan pengorbanan yang besar. Dengan amalan-amalan yang bijaksana, pembaziran air dan seterusnya bil air anda akan dapat dikurangkan.

Pemeriksaan Kebocoran Air

Pengguna-pengguna boleh membantu menjimatkan air dengan memeriksa sistem paip dalaman mereka. Pastikan tap, paip, tangki dan lain-lain pepasangan air tidak bocor. Untuk mengesan kebocoran paip yang tertanam, ikuti langkah-langkah tersebut:
  • Tutup semua tap dan pepasangan dalam bangunan
  • Perhatikan bacaan pada meter (angka merah yang terakhir)
  • Detikan atau perjalanan angka / jarum meter menunjukkan kebocoran
Lain-lain petunjuk kebocoran paip bawah tanah ialah:
  • Keadaan tanah yang lembab dan basah berhampiran paip yang bocor
  • Penurunan tekanan bekalan air
Dapatkan khidmat seorang tukang paip yang berdaftar dengan SADA mengenai semua masalah pemasangan paip air dalama rumah anda. Laporkan segala kerosakan dan kebocoran air sebelum meter air menjadi tinggi dan mengelakkan dari tindakan yang akan diambil oleh pihak SADA Sdn. Bhd.

Cara Menjimat Air

AKTIVITIAMALAN BAIKKUANTITI DIJIMAT (Liter)AMALAN BIASAKUANTITI DIGUNA (Liter)
Mengguna gelasGuna 0.5 dan Jimat 37Membuka tap air selama 5 minitGuna 37.5
Menggunakan air dalam besen setengah penuh. Hilangkan kotoran dengan alat pencuci sebelum membasuh dengan air dan sabunGuna 2 dan Jimat 13Membuka tap air selama 2 minitGuna 15
Mengguna cawan untuk bercukurGuna 0.5 dan Jimat 13.5Membuka tap air selama 2 minitGuna 14
Mengguna showerGuna 40 dan Jimat 210Mengguna tab mandi yang penuh airGuna 250
Mengguna air dalam besen setengah penuhGuna 2 dan Jimat 13Membuka tap air selama 2 minitGuna 15
Mengguna 2 besen airGuna 9 dan Jimat 28.5Membuka tap air selama 5 minitGuna 37.5
Sink penuh air (sekali basuh, 2 kali bilas)Guna 25 dan Jimat 87.5Membuka tap air selama 15 minitGuna 112.5
Mengguna mesin basuh (sekali basuh, 2 kali bilas)Guna 40 dan Jimat 110Membuka tap air selama 20 minitGuna 150
Mencuci penuh muatan setiap 2 hari sekaliGuna 130 setiap 2 hari dan Jimat 130 setiap 2 hariMencuci 1/2 muatan mesin setiap hariGuna 130 setiap hari
Mengguna kain pencuci (mop) dan baldiGuna 5 dan Jimat 115Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 5 minitGuna 120
Mengguna tin atau baldi penyiram airGuna 18 dan Jimat 182Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 3 minitGuna 200
Mengguna air dalam 2 baldiGuna 18 dan Jimat 382Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 10 minitGuna 400
Menggunakan tangki 2 pancur: (pancur pendek untuk buang air kecil, pancur penuh untuk buang air besar)Guna 4.5 – 9 dan Jimat 4.5 atau lebihMenggunakan lebih besarGuna 13.5 atau lebih