Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
 
Makluman

 

Harap maklum bahawa sebagai pengguna ke atas bekalan air yang dibekalkan oleh SADA, Tuan/Puan bertanggungjawab untuk menjelaskan bil dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh bil diserahkan.

 

Dengan ini dipohon kerjasama pihak Tuan untuk memuatnaik Notis tersebut :KLIK Disini



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 setiap wilayah dibawah pengurusan Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah dibuat penstrukturan semula dengan penambahan dua wilayah baru bersama - sama penbahagian daerah.
Namun pengguna tidak perlu bimbang kerana penstrukturan ini hanya melibatkan pentadbiran wilayah Syarikat Air Darul Aman dan tidak mengganggu urusan kaunter pembayaran dan perkhidmatan pelanggan yang sedia ada.

 



Ingin dimaklumkan bahawa sebuah lagi kaunter bayaran dan perkhidmatan pelanggan Syarikat Air Darul Aman akan dibuka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sungai petani pada 1 Februari 2016 nanti.
 



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 Malaysia, terutamanya di negeri - negeri utara telah diramalkan akan dilanda fenomena panas terlampau atau lebih dikenali sebagai Fenomena El Nino, untuk menggelakkan sebarang kesukaran kemudahan air pada pengguna, berikut telah disediakan beberapa langkah mudah yang boleh diikut untuk menjamin kesejahteraan semua .
Polisi Syarikat

Polisi Syarikat

  • Sentiasa mengutamakan pelanggan melalui layanan yang cepat, tepat dan mesra
  • Sentiasa mengutamakan kualiti dalam semua urusan yang dilakukan
  • Sentiasa menilai dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan ke atas tugas-tugas yang dijalankan
  • Sentiasa menghayati nilai-nilai korporat yang ditetapkan
  • Sentiasa bedisiplin, tekun dan amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
  • Sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia menerima perubahan dan idea-idea baru
  • Sentiasa mematuhi dasar, prinsip dan peraturan kerja yang ditetapkan
  • Sentiasa mengamalkan semangat bekerjasama dan budaya kerja berpasukan
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri melaui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan integriti
  • Sentiasa peka terhadap pemeliharaan alam sekitar

Nilai Korporat

  • Menghargai masa
  • Mengutamakan kualiti
  • Mengutamakan pelanggan

Nilai Sokongan

  • Amanah, proaktif, berilmu, kreatif, disiplin, inovatif, yakin, sabar, tekun, keterbukaan, berpasukan dan prihatin
 
Hakcipta © 2014 Syarikat Air Darulaman (SADA)
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pengguna Atas Talian Statistik Pelawat
Penafian | Polisi Privasi | Polisi Keselamatan