Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
 
Makluman

 

Harap maklum bahawa sebagai pengguna ke atas bekalan air yang dibekalkan oleh SADA, Tuan/Puan bertanggungjawab untuk menjelaskan bil dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh bil diserahkan.

 

Dengan ini dipohon kerjasama pihak Tuan untuk memuatnaik Notis tersebut :KLIK Disini



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 setiap wilayah dibawah pengurusan Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah dibuat penstrukturan semula dengan penambahan dua wilayah baru bersama - sama penbahagian daerah.
Namun pengguna tidak perlu bimbang kerana penstrukturan ini hanya melibatkan pentadbiran wilayah Syarikat Air Darul Aman dan tidak mengganggu urusan kaunter pembayaran dan perkhidmatan pelanggan yang sedia ada.

 



Ingin dimaklumkan bahawa sebuah lagi kaunter bayaran dan perkhidmatan pelanggan Syarikat Air Darul Aman akan dibuka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sungai petani pada 1 Februari 2016 nanti.
 



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 Malaysia, terutamanya di negeri - negeri utara telah diramalkan akan dilanda fenomena panas terlampau atau lebih dikenali sebagai Fenomena El Nino, untuk menggelakkan sebarang kesukaran kemudahan air pada pengguna, berikut telah disediakan beberapa langkah mudah yang boleh diikut untuk menjamin kesejahteraan semua .
Info Am

Cara Mengurangkan Pembaziran Air

Pembaziran Air

Setiap hari, berjuta air bersih terbuang. Pembaziran ini berlaku disebabkan pengguna-pengguna tidak menyedari yang mereka sebenarnya tidak memerlukan air sebanyak mana yang mereka fikirkan untuk kegunaan harian. Apa jua alasannya, air yang menelan kos yang tinggi untuk dirawat dibazirkan.

Berhati-hati dalam menggunakan air tidak memerlukan pengorbanan yang besar. Dengan amalan-amalan yang bijaksana, pembaziran air dan seterusnya bil air anda akan dapat dikurangkan.

Apa Perlunya Menjimatkan Air

Keperluan air di Negeri Kedah Darul Aman telah bertambah dari setahun ke setahun disebabkan oleh pertambahan penduduk, perindustrian, perumahan dan taraf hidup yang semakin tinggi. Kos air juga telah bertambah. Berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk memperluaskan bekalan air kepada lebih ramai lagi pengguna. Sumber dan punca air pula semakin berkurangan. Kualiti air mentah menjadi tercemar dan memerlukan kos yang tinggi untuk dirawat.

Berhati-hati dalam menggunakan air tidak memerlukan pengorbanan yang besar. Dengan amalan-amalan yang bijaksana, pembaziran air dan seterusnya bil air anda akan dapat dikurangkan.

 


 

Pemeriksaan Kebocoran Air

Pengguna-pengguna boleh membantu menjimatkan air dengan memeriksa sistem paip dalaman mereka. Pastikan tap, paip, tangki dan lain-lain pepasangan air tidak bocor. Untuk mengesan kebocoran paip yang tertanam, ikuti langkah-langkah tersebut:

  • Tutup semua tap dan pepasangan dalam bangunan
  • Perhatikan bacaan pada meter (angka merah yang terakhir)
  • Detikan atau perjalanan angka / jarum meter menunjukkan kebocoran

 

Lain-lain petunjuk kebocoran paip bawah tanah ialah:

  • Keadaan tanah yang lembab dan basah berhampiran paip yang bocor
  • Penurunan tekanan bekalan air

Dapatkan khidmat seorang tukang paip yang berdaftar dengan SADA mengenai semua masalah pemasangan paip air dalama rumah anda. Laporkan segala kerosakan dan kebocoran air sebelum meter air menjadi tinggi dan mengelakkan dari tindakan yang akan diambil oleh pihak SADA Sdn. Bhd.


CARA MENJIMATKAN AIR

AKTIVITI AMALAN
 BIASA      BAIK
KUANTITI DIGUNA & DIJIMAT (LITER)
 Membuka tap air selama 5 minit


 Mengguna gelas
Guna 37.5


Guna 0.5, Jimat 37
 Membuka tap air selama 2 minit


 Menggunakan air dalam besen setengah penuh. Hilangkan kotoran dengan alat pencuci sebelum membasuh dengan air dan sabun
Guna 15


Guna 2, Jimat 13
 Membuka tap air selama 2 minit


 Mengguna cawan untuk bercukur
Guna 14


Guna 0.5, Jimat 13.5
 Mengguna tab mandi yang penuh air


 Mengguna shower
Guna 250


Guna 40, Jimat 210
 Membuka tap air selama 2 minit


 Mengguna air dalam besen setengah penuh
Guna 15


Guna 2, Jimat 13
 Membuka tap air selama 5 minit


 Mengguna 2 besen air
Guna 37.5


Guna 9, Jimat 28.5
 Membuka tap air selama 15 minit


 Sink penuh air (sekali basuh, 2 kali bilas)
Guna 112.5


Guna 25, Jimat 87.5
 Membuka tap air selama 20 minit


 Mengguna mesin basuh (sekali basuh, 2 kali bilas)
Guna 150


Guna 40, Jimat 110
 Mencuci 1/2 muatan mesin setiap hari


 Mencuci penuh muatan setiap 2 hari sekali
Guna 130 setiap hari


Guna 130 setiap 2 hari, Jimat 130 setiap 2 hari
 Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 5 minit


 Mengguna kain pencuci (mop) dan baldi
Guna 200


Guna 18, Jimat 182
 Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 3 minit


 Mengguna tin atau baldi penyiram air
Guna 120


Guna 5, Jimat 115
 Menggunakan air dari tap dan hos getah selama 10 minit


 Mengguna air dalam 2 baldi
Guna 400


Guna 18, Jimat 382
 Menggunakan lebih besar


 Menggunakan tangki 2 pancur: (pancur pendek untuk buang air kecil, pancur penuh untuk buang air besar)
Guna 13.5 atau lebih


Guna 4.5 - 9, Jimat 4.5 atau lebih
 
Hakcipta © 2014 Syarikat Air Darulaman (SADA)
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pengguna Atas Talian Statistik Pelawat
Penafian | Polisi Privasi | Polisi Keselamatan