Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)
 
Makluman

 

Harap maklum bahawa sebagai pengguna ke atas bekalan air yang dibekalkan oleh SADA, Tuan/Puan bertanggungjawab untuk menjelaskan bil dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh bil diserahkan.

 

Dengan ini dipohon kerjasama pihak Tuan untuk memuatnaik Notis tersebut :KLIK Disini



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 setiap wilayah dibawah pengurusan Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah dibuat penstrukturan semula dengan penambahan dua wilayah baru bersama - sama penbahagian daerah.
Namun pengguna tidak perlu bimbang kerana penstrukturan ini hanya melibatkan pentadbiran wilayah Syarikat Air Darul Aman dan tidak mengganggu urusan kaunter pembayaran dan perkhidmatan pelanggan yang sedia ada.

 



Ingin dimaklumkan bahawa sebuah lagi kaunter bayaran dan perkhidmatan pelanggan Syarikat Air Darul Aman akan dibuka di Pusat Transformasi Bandar (UTC) sungai petani pada 1 Februari 2016 nanti.
 



Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pada tahun 2016 Malaysia, terutamanya di negeri - negeri utara telah diramalkan akan dilanda fenomena panas terlampau atau lebih dikenali sebagai Fenomena El Nino, untuk menggelakkan sebarang kesukaran kemudahan air pada pengguna, berikut telah disediakan beberapa langkah mudah yang boleh diikut untuk menjamin kesejahteraan semua .
Logo Syarikat Air Darul Aman

Info Logo

  • Warna Biru : Melambangkan wawasan tinggi dan berpandangan jauh dalam usaha menjadikan syarikat air bertaraf dunia.
  • Gelombang Putih : Melambangkan keyakinan, komitmen dan kesabaran dalam menghadapi pelbagai cabaran.
  • Bulatan : Melambangkan kerjasama, permuafakatan dan tekad dalam usaha mencapai visi dan misi SADA.

 


Latar Belakang Syarikat

  • SADA merupakan sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan merupakan syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah yang telah dikorporatkan pada 1 Januari 2010.
  • Pengkorporatan JBA adalah berikutan dengan pindaan perlembagaan persekutuan. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 telah digubal untuk diguna pakai dalam industri perkhidmatan air.
  • SADA beroperasi sebagai syarikat korporat, mementingkan pentadbiran yang berkualiti dan menjaga kepentingan rakyat Negeri Kedah supaya mendapat air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO).
  • SADA juga telah dapat membekalkan air yang bersih kepada rakyat negeri Kedah dengan kadar lebih murah berbanding negeri-negeri lain.
 
Hakcipta © 2014 Syarikat Air Darulaman (SADA)
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024 x 768
Pengguna Atas Talian Statistik Pelawat
Penafian | Polisi Privasi | Polisi Keselamatan